Wednesday, July 23, 2008

Kumpulan Saya Berjaya!!!

Sekolah saya telah mengadakan perlawanan permainan ''Floorball'',''Captains Ball'',bola keranjang dan bola sepak antara kumpulan.Kumpulan- kumpulan itu ialah,Gillman,Delta,Keppel dan Redhill.Saya ialah dalam kumpulan Keppel. Pada hari tersebut,saya berasa sangat hampa kerana saya tidak dapat ketempat pertama.Saya gemar bermain ''floorball''.Jadi,pada hari tersebut,saya dilantik untuk berlawan dengan kumpulan Gillman.Alangkah terperanjatnya saya apabila saya melihat tiga orang yang saya kenal pastibahawa mereka pintar dalam sukan ini.Saya terdiam lalu terus berlawan.Tetapi kumpulan Gillman telah memenangi dalam sukan tersebut.Saya berasa sangat pilu. Tiba-tiba,seorang dari kumpulan Gillman berlari menuju ke arah kawannya.Katanya,kumpulan Keppel telah mendapat tempat pertama untuk permainan bola keranjang dan ''captains ball''.Rasa pilu di hati saya terus lenyap.Saya terus menyokong kumpulan saya supaya mereka lagi bersemangat dan terus berjaya!!!

No comments: