Kegemaran saya ialah menulis.Saya gemar menulis kerana sejak kecil lagi ibu saya telah mengajar saya menulis dengan baik.Dari itu,apabila saya mula bersekolah di sekolah rendah dengan umur saya tujuh tahun,saya gemar menulis karangan.Dan saya sentiasa dipuji oleh guru darjah saya tentang tulisan saya.Dengan pujian yang saya terima,ia memberi saya sokongan untuk menulis dengan lagi baik.Kadang kalanya,saya kesunyian sahaja di rumah,saya akan menulis nama saya di sehelai kertas dan mula menulis tentang perasaan saya,diri saya dan sebagainya.Selain daripada menjadikan menulis sebagai kegemaran,mengumpul kertas juga menjadi kegemaran saya.Tetapi bukan sembarang kertas yang saya kumpul.Saya akan mengumpul kertas-kertas yang saya telah tulis dengan tulisan yang cantik.Jadi,anda cubalah menjadikan menulis sebagai kegemaran anda.Tentu menarik!!!!
Wednesday, July 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment